Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 November. - Majistret Abdul ‘Azim bin Othman menjatuhkan hukuman denda atas satu pertuduhan, iaitu memiliki satu unit segel kastam di bawah peruntukan Peraturan 15, Peraturan Transit Kastam 2006 – Removal and Breaking of Seals.
Defendan Robert Linggi anak Unting, 35 tahun yang merupakan warganegara Malaysia telah mengaku bersalah pada 21 November 2026 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND800 atau tiga minggu pemenjaraan sekiranya gagal menjelaskan keseluruhan denda tersebut.
Defendan ditangkap pada 19 November 2026, pukul 7.30 malam bertempat di Bahagian Kenderaan Keluar, Pos Kawalan Kuala Lurah.
Semua segel kastam yang terlibat telah diperintahkan untuk dirampas dan diserahkan ke pihak kerajaan bagi tujuan pemusnahan.