BAHAN-BAHANNYA :
Nasi putih
Ikan masin (dipotong dadu)
2 biji telur
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Ikan bilis secukupnya
Sayur pilihan
Kicap manis
Garam secukup rasa
CARA-CARA MEMASAKNYA :
Mula-mula tumbuk bawang, cili dan ikan bilis. Kemudian goreng ikan masin yang sudah di potong dadu sehingga sedikit kering. Setelah itu, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau. Masukkan telur dan kicap manis lalu kacau. Kemudian, masukkan nasi dan sayur pilihan. Gaul sehingga semuanya rata dan perasakan dengan garam.