BAHAN-BAHANNYA :
2 ikat pucuk paku
1 mangkuk kecil tempoyak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil udang saiz sederhana
Garam dan serbuk perasa dengan sukatan yang sesuai
Air
CARA-CARA MEMASAKNYA :
Bersihkan pucuk paku. Ambil daunnya dan patahkan batang yang lembut. Tumbuk atau kisar bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih. Masukkan sedikit minyak. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk atau kisar tadi. Masukkan juga asam keping. Masukkan daun pucuk paku dan tambah 2 cawan air untuk lembutkan daun.
Bila sudah mendidih, masukkan udang yang sudah dikopek kepalanya. Kacau dengan api perlahan. Masukkan tempoyak mengikut kesukaan. Perasakan lemak pucuk paku dengan garam, serbuk perasa. Tutup api, biarkan seketika. Sedia untuk dihidang.