Memperkukuh ukhuwah melalui perlawanan badminton persahabatan

13 Okt 2026 - 5:52am

Berita dan Foto : Ihsan Bengkurong Veteran Badminton Community

KOTA KINABALU, Sabah, Isnin, 12 Oktober. - Bengkurong Veteran Badminton Community (BVBC) baru-baru ini mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan Pasukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah yang berlangsung di Dewan Arena Juara Putatan Kota Kinabalu, Sabah.

Tujuan utama perlawanan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara kedua-dua kelab berkenaan.

Mengetuai rombongan adalah Pengerusi BVBC, Awang Haji Mohd Aliddin bin Haji Kura.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong, yang juga menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Pasukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah, Malaysia, Encik Wahid Hamid.