Team Ayamor muncul juara Kejohanan Ladies Mini Tournament

11 Okt 2026 - 4:04am

Berita dan Foto : Ihsan Mohamad Reza HNG

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Oktober. - Kejohanan Ladies Mini Tournament bagi Kategori Women's Double (Beginner) anjuran BSRC Badminton dengan bertemakan ‘Play, Compete, Inspire’ telah berlangsung di BSRC Badminton Hall, baru-baru ini.

Dianjurkan khas untuk memberi peluang kepada pemain peringkat permulaan untuk bekerjasama, melampaui keupayaan dan meraih kemenangan bersama, kejohanan ini menampilkan perlawanan yang sengit dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang malam.

Team Ayamor terdiri daripada Zawanah Ishak dan Noor Inessa Rosalienda binti Haji Rosman muncul juara dengan membawa pulang hadiah iaitu Baucar Komplimen BSRC berupa tiga Pas Percuma untuk BSRC Community Social Games dan / atau BSRC Ladies Night.

Sementara, tempat kedua pula disandang oleh Team Blush & Smash iaitu Nur Anishaa binti Hamidun dan Yusrina binti Hanip, membawa pulang hadiah Baucar Komplimen BSRC berupa dua Pas Percuma untuk BSRC Community Social Games dan / atau BSRC Ladies Night.

Manakala, Team MumSquaD memenangi tempat ketiga terdiri daripada Dina Mardiana binti Metassan dan Nurul Asyiqin binti Yusman dengan membawa pulang hadiah berupa Baucar Komplimen BSRC berupa satu Pas Percuma untuk BSRC Community Social Games dan / atau BSRC Ladies Night.

Pihak BSRC Badminton merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ahli keluarga, serta rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan dan memeriahkan kejohanan ini.