Keputusan peperiksaan BC-GGCE Peringkat ‘AS’, ‘A’ diumumkan

19 Og 2026 - 5:38am

Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan

 

BERAKAS, Selasa, 18 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan sukacita memaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Brunei - Cambridge GCE Peringkat ‘AS’ dan ‘A’ bagi Sesi Mei / Jun 2026 telah dikeluarkan hari ini.

Bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘AS’, seramai 1,058 calon telah menduduki Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘AS’ bagi Sesi Mei / Jun 2026. Daripada jumlah ini, 1,044 adalah calon sekolah dan 14 adalah calon persendirian.

Pada peringkat nasional, seramai 564 calon (53.31 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘AS’ Level dan ke atas, dan 849 calon (80.25 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘AS’ Level dan ke atas. Manakala seramai 1,008 calon (95.27 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ’AS’ Level dan ke atas.

Pada peringkat sekolah, seramai 556 calon (53.26 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘A’S Level dan ke atas, dan 838 calon (80.27 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘AS’ Level dan ke atas.

Manakala seramai 994 calon (95.21 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘AS’ Level dan ke atas.

Sementara itu, Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘A’, seramai 90 calon telah menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘A’ bagi Sesi Mei / Jun 2026. Daripada jumlah ini, 18 adalah calon sekolah dan 72 adalah calon persendirian.

Pada peringkat nasional, seramai 13 calon (14.44 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘A’ Level dan ke atas, dan 33 calon (36.67 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘A’ Level dan ke atas. Manakala seramai 70 calon (77.78 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘A’ Level dan ke atas.

Pada peringkat sekolah, seramai 5 calon (27.78 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3 ‘A’ Level dan ke atas, dan 11 calon (61.11 peratus) telah memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘A’ Level dan ke atas. Manakala seramai 18 calon (100.00 peratus) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘A’ Level dan ke atas.

Penuntut-penuntut yang telah mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada Rabu, 19 Ogos 2026. Manakala calon-calon persendirian dikehendaki mengambil slip keputusan mereka di kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada tarikh yang sama iaitu Rabu, 19 Ogos 2026 pada waktu pejabat dibuka.

Bagi mana-mana calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘AS’ dan ‘A’ bagi Sesi Oktober / November 2026, pendaftaran Late Entry akan dibukakan sehingga Rabu, 2 September 2026.

Maklumat lanjut bagi pendaftaran peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat ‘AS’ dan ‘A’ bagi Sesi Oktober / November 2026 bolehlah diperoleh dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di ‘www.moe.gov.bn’ atau ke kaunter Jabatan Peperiksaan, Pusat Perkhidmatan Setempat, Aras Bawah, Blok C, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.