Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi sukacita ingin memaklumkan bahawa pengambilan melalui HECAS bagi Kemasukan bulan Januari 2027 bagi Sesi Akademik 2026 / 2027 secara dalam talian bagi kemasukan ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) akan bermula pada Selasa, 18 Ogos 2026, pukul 9.00 pagi dan akan ditutup pada Rabu, 9 September 2026, pukul 3.00 petang.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS di ‘hecas.moe.gov.bn’.
Bagi sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel ’ask.hecas@moe.gov.bn’ atau melalui nombor telefon +673 2381992 / +673 2381224 pada waktu pejabat.