Program memperkukuh asas Matematik semasa cuti persekolahan

19 Og 2026 - 6:14am

Berita dan Foto : Ihsan Nuqra Math Learning Centre

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Ogos. - Bagi membantu ibu bapa mengisi masa cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat, aktif dan berunsurkan pembelajaran, Nuqra Math Learning Centre telah mengadakan Program Cuti Sekolah ‘Nuqra Mathery Inc. : Solve. Think. Discover.’ untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, baru-baru ini.

Program ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk terus mengukuhkan asas Matematik sepanjang cuti sekolah, supaya kemahiran yang telah dipelajari tidak terhenti walaupun berada di luar sesi persekolahan.

Bertemakan ‘Junior Detective’, program ini menggabungkan elemen permainan dan pembelajaran Matematik melalui pelbagai misi, ‘case files’ dan aktiviti mencari petunjuk.

Fokus pembelajaran merangkumi kaedah Best 10 bagi operasi tambah dan tolak, pengukuhan Sifir 6 serta penyelesaian Words Problem menggunakan formula CUBES. Aktiviti disusun dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan sambil membantu membina keyakinan, fokus, pemikiran logik dan kerjasama.

Melalui Nuqra Mathery Inc., Nuqra Math Learning Centre berharap cuti sekolah bukan sahaja menjadi masa untuk berehat, tetapi juga peluang untuk anak-anak terus belajar, bermain dan mengukuhkan Matematik dengan cara yang menyeronokkan.