Sebuah syarikat dikenakan kompaun

21 Og 2026 - 6:12am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Tutong

 TUTONG, Khamis, 20 Ogos. - Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong telah mengeluarkan kompaun terhadap sebuah syarikat kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30).

Raihan Berjaya Contractor telah melakukan kesalahan di Kawasan blok Gerai Telisai Tutong, dikompaun di bawah Bab 12 (1) (a) sebanyak BND1,000 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000 dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat pemaju dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.