Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Julai. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang buruh warga Republik Indonesia yang dipercayai melarikan diri daripada majikannya.
Menurut kenyataan PPDB, laporan berhubung kejadian tersebut telah dibuat di Balai Polis Sengkurong bagi mengesan buruh berkenaan.
Buruh yang dicari dikenal pasti sebagai St Ara, perempuan berusia 36 tahun, warganegara Republik Indonesia, dengan nombor pasport X7960025.
Sehubungan itu, PPDB memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan supaya menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian +673 2661334, Talian Kecemasan Polis 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Orang ramai diseru untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantu mengesan individu berkenaan bagi melancarkan siasatan yang sedang dijalankan.