Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Perak penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah

24 Jul 2026 - 8:42am

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

BANDAR SERI BEGAWAN,

Khamis, 23 Julai. –

Mahkamah-Mahkamah Syariah,

Negara Brunei Darussalam petang

tadi mengadakan Majlis

Kesyukuran dan Apresiasi Warga

Mahkamah-Mahkamah Syariah

bersempena Sambutan Jubli Perak

25 Tahun penubuhannya yang

berlangsung di Dewan Banquet,

Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hadir selaku tetamu kehormat

pada majlis berkenaan, Menteri di

Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti

dan Undang-Undang), Yang

Berhormat Dato Seri Setia Awang

Haji Sufian bin Haji Sabtu.

Turut hadir ialah jemputan-

jemputan khas antaranya, Menteri

Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat

Pengiran Dato Seri Setia Haji

Mohammad Tashim bin Pengiran

Haji Hassan; Ketua Hakim Syar’ie,

Yang Amat Arif / Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Paduka Seri

Utama Dato Paduka Seri Setia

Awang Haji Salim bin Haji Besar;

dan Pemangku Ketua Hakim

Mahkamah Besar, Yang Arif Dato

Paduka Awang Haji Abdullah Soefri

bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok

Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Seramai 25 penerima Apresiasi

Khas Jasa dan Bakti Mahkamah

Syariah yang antaranya ialah Yang

Berhormat Pengiran Dato Seri

Setia Haji Mohammad Tashim yang

merupakan mantan Hakim

Mahkamah Rayuan Syariah dan

Ketua Hakim Syar’ie Mahkamah

Rayuan Syariah.

Selain itu, bersempena dengan

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun

Penubuhan

Mahkamah-Mahkamah Syariah

pada tahun ini juga diselajurkan

dengan Penghargaan Khas Tokoh

Kehakiman Syariah kepada Yang

Amat Arif / Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Paduka Seri Utama

Dato Paduka Seri Setia Awang Haji

Salim atas jasa bakti, sumbangan

kepimpinannya dalam

memperkasa dan memartabatkan

Institusi Kehakiman Syariah di

NBD.

Penyampaian Penghargaan

Khas Tokoh Kehakiman dan

Apresiasi Khas Jasa dan Bakti

Warga Mahkamah-Mahkamah

Syariah disempurnakan oleh

tetamu kehormat majlis.

Penganjuran majlis berkenaan

adalah bertujuan untuk

menzahirkan penghargaan yang

setinggi-tingginya kepada

warga-warga Mahkamah Syariah

atas jasa bakti, kecemerlangan,

kesetiaan dan dedikasi yang

dicurahkan di sepanjang tempoh

25 tahun perkhidmatan.

Adalah menjadi harapan, melalui

pengiktirafan dan penghargaan

berkenaan akan dapat

meningkatkan motivasi dan

menyuntik semangat kerja dalam

kalangan warga Mahkamah

Syariah dan juga dijadikan sebagai

inspirasi kepada generasi yang

baharu.