Memupuk kecintaan terhadap agama, raja, negara

24 Jul 2026 - 7:58am

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman

Foto : Mohammad Hasif Matzin

BANDAR SERI BEGAWAN,

Khamis, 23 Julai. - Bagi

menyemarakkan lagi Sambutan

Perayaan Ulang Tahun Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam Ke-80,

Tahun 2026, Jabatan Pengajian

Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal

Ugama (KHEU) mengadakan

Persembahan Pentas Perayaan

Bercorak Keagamaan di Pentas

Perayaan, Kawasan Letak Kereta

berhadapan Muzium Alat

Kebesaran Diraja, di ibu negara.

Hadir selaku tetamu kehormat

majlis, Pemangku Timbalan

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan

Kewangan), KHEU, Awang Misle

bin Haji Abd. Karim, dan isteri.

Turut hadir, pengarah-pengarah

jabatan dan para pegawai kanan di

bawah KHEU.

Acara dimulakan dengan bacaan

Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat

oleh Awang Haji Abdullah bin Haji

Sahat.

Pengisian atur cara

Persembahan Pentas Perayaan

Bercorak Keagamaan termasuk

Haflah Al-Quran oleh Pusat

Pengajian dan Penyebaran

Al-Quran MABIMS; puisi bertajuk

'Khalifah Nusantara' oleh

murid-murid Sekolah Ugama

Pantai Berakas; nasyid 'Doa Buat

Raja Tercinta' oleh murid-murid

Sekolah Ugama Katok (Bangunan

Sekolah Menengah); bicara

berirama bertajuk 'Denyut Watan'

oleh pelajar-pelajar Sekolah Arab

Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan

diakhiri dengan persembahan

tausyeh oleh guru-guru Bahagian

Pendidikan Khas Ugama.

Orang ramai yang hadir turut

berpeluang menyertai kuiz interaktif

yang diselang-selikan sepanjang

persembahan berlangsung.

Persembahan Bercorak

Keagamaan berkenaan bertujuan

untuk memupuk kecintaan

terhadap agama, raja dan negara,

khususnya dalam kalangan

generasi muda melalui

penghayatan seni Islam.

Di samping itu, ia juga bagi

mengimarahkan seni

persembahan Islam sebagai

medium dakwah dan pendidikan

rohani.

Program berkenaan turut

menggalakkan penyertaan aktif

guru dan pelajar dalam aktiviti

bercorak keagamaan yang

menyumbang kepada

pembentukan sahsiah serta

pembangunan modal insan

berakhlak mulia.