Menyokong kestabilan kewangan serantau, perkukuh tindak balas kecemasan kesihatan awam

24 Jul 2026 - 9:51am

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas

REPUBLIK FILIPINA, Khamis,

23 Julai. - Duli Yang Teramat

Mulia Paduka Seri Pengiran

Muda 'Abdul Mateen ibni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah, Menteri Hal Ehwal

Luar Negeri, Negara Brunei

Darussalam, berkenan berangkat

menghadiri Mesyuarat

Menteri-Menteri Luar Negeri

ASEAN Plus Three (APT) Ke-27

dan ASEAN Regional Forum

(ARF) Ke-33 yang berlangsung di

Philippine International

Convention Center, Manila,

Republik Filipina.

Duli Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Pengiran Muda

'Abdul Mateen semasa

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar

Negeri APT Ke-27 bersabda

menekankan peranan penting

APT dalam menyokong

kestabilan kewangan serantau

serta memperkukuh tindak balas

terhadap kecemasan kesihatan

awam.

Berdasarkan kejayaan ASEAN

Plus Three Emergency Rice

Reserve (APTERR), Duli Yang

Teramat Mulia bersabda

mencadangkan penubuhan satu

mekanisme serantau bagi

meningkatkan kesiapsiagaan

terhadap gangguan bekalan

tenaga serta melindungi

pengangkutan dan rantaian

bekalan serantau yang

merangkumi simpanan strategik,

perkongsian maklumat dan

tindak balas yang selaras.

DYTM semasa ARF Ke-33

bersabda menekankan

kepentingan dalam

memperkukuh kerjasama

serantau dalam menangani

persekitaran keselamatan global

yang semakin kompleks, di

samping bersabda menegaskan

bahawa tiada sebuah negara pun

mampu menangani cabaran

tersebut secara bersendirian.

DYTM turut bersabda

menegaskan peranan

ARF dalam

menggalakkan dialog,

langkah-langkah

membina keyakinan

dan kerjasama

praktikal.

DYTM seterusnya bersabda

mengalu-alukan Manila Plan of

Action (2026-2036) yang telah

diluluskan untuk dijadikan

panduan bagi pelaksanaan

usaha forum tersebut

sepanjang tempoh 10

tahun akan datang.