Penetapan pegawai kanan kerajaan

24 Jul 2026 - 8:13am

Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23

Julai. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan ini

memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam telah

memperkenankan bagi Pemangku

Pegawai Daerah Brunei dan Muara,

Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin

Pengiran Haji Hashim, ditetapkan dalam

jawatan yang dipangkunya sebagai

Pegawai Daerah Brunei dan Muara,

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

mulai 29 Jun 2026.