Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
Foto : Azmah Haji Ahad
TUTONG, Khamis, 23 Julai. –
Persembahan bercorak agama
'Tutong Bersholwat' bersama
Pengurus Cabang Istimewa
Nahdlatul Ulama (PCINU) Negara
Brunei Darussalam (NBD)
menyerikan lagi Pentas Perayaan
yang diadakan pada malam tadi,
bertempat di kawasan lapang
berhadapan dengan Hospital
Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Tutong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat
pada majlis berkenaan, Pemangku
Pegawai Daerah Tutong, Awang
Haji Mohammad Sofian bin Haji
Basri.
Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat
Negara, Yang Berhormat Awang
Abdul Aziz bin Haji Hamdan, juga
Ketua Kampung Sengkarai,
Daerah Tutong; pegawai kanan
kerajaan dan masyarakat Republik
Indonesia yang berada di Daerah
Tutong dan penduduk sekitarnya.
Terdahulu majlis dimulakan
dengan Selawat, diikuti dengan
ucapan daripada Pemangku
Pegawai Daerah Tutong yang
antara lain menjelaskan, acara
Pentas Perayaan pada malam
berkenaan, diadakan pada malam
Khamis yang penuh berkat dalam
memeriahkan lagi Pentas
Perayaan sempena dengan
Sambutan Perayaan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Ke-80, Tahun 2026.
Di samping itu katanya, PCINU
di NBD diberikan kesempatan
untuk sama-sama memeriahkan
perayaan di Pentas Perayaan
Daerah Tutong.
Tambahnya, semoga dengan
peluang yang diberikan dari
Jabatan Daerah Tutong berkenaan
akan dapat mengeratkan lagi tali
silaturahim di antara masyarakat
Republik Indonesia yang berada di
Daerah Tutong, sekali gus
mengeratkan lagi kerjasama
bersama dengan rakyat dan
penduduk Daerah Tutong.
Antara pengisian persembahan
berselawat ke atas Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam, selain persembahan
Qasidah FM, lagu medley khas
untuk Kehadapan Majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan seterusnya
persembahan Mahalul Qiyam.