Oleh : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland
Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
RIMBA, Khamis, 23 Julai. - Bagi
meningkatkan kemahiran serta
mengukuhkan budaya bertutur
bahasa Arab dalam kalangan
pelajar, Sekolah Arab Sultan Haji
Hassanal Bolkiah telah
mengadakan Program Hayya Ilal
'Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab)
di auditorium sekolah berkenaan,
pagi tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat
ialah Pemangku Rektor, Universiti
Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Awang
Haji Arman bin Haji Asmad.
Majlis dimulakan dengan
nyanyian Lagu Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam dan
Lagu Rasmi Sekolah, diikuti
bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa
Khas Sekolah.
Acara diteruskan dengan
ucapan alu-aluan oleh Pengetua
Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Awang Haji Norhisyam bin
Haji Mohd. Noor.
Bertemakan ‘Cintai Sultan dan
Hayati Seruan dengan Bahasa
Al-Quran’, program tersebut
mengetengahkan pembentangan
lima kertas kerja oleh para pelajar
yang membincangkan
penggunaan bahasa Arab serta
cabaran dalam penguasaannya
dalam kalangan pelajar.
Majlis turut diserikan dengan
pengumuman pembentang terbaik,
penyampaian hadiah kepada para
pemenang, serta lawatan ke ruang
pameran.
Program Hayya Ilal ‘Arabiyyah
merupakan antara inisiatif Jabatan
Pengajian Islam, Kementerian Hal
Ehwal Ugama yang dilaksanakan
di Sekolah-sekolah Arab sempena
sambutan Bulan bahasa Arab.
Penganjuran program kali ini
menjadi wadah untuk memperkasa
penggunaan bahasa Arab dalam
kalangan pelajar melalui
komunikasi akademik menerusi
pembentangan kertas kerja.
Di samping memberi
pendedahan kepada pelajar dalam
menyampaikan idea dan hujah
secara ilmiah di hadapan khalayak,
program tersebut turut membina
keyakinan diri, mengasah
kemahiran berfikir secara kritis
serta menggalakkan penggunaan
bahasa Arab dalam pelbagai
situasi komunikasi.