Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Daerah Temburong

24 Jul 2026 - 9:11am

Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

TEMBURONG, Khamis, 23 Julai. -

Raptai penuh Majlis Ramah Mesra

Bersama Rakyat dan Penduduk di

Daerah Temburong sempena

Sambutan Perayaan Ulang Tahun

Hari Keputeraan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar

‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam Yang Ke-80 bagi

Tahun 2026 telah diadakan pagi

tadi, bertempat di Padang

Kompleks Dewan

Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di

sini.

Berangkat bagi menyaksikan

raptai penuh ialah Yang Di-Pertua

Adat Istiadat Negara, Yang Amat

Mulia Pengiran Indera Setia Diraja

Sahibul Karib Pengiran Anak Haji

Idris bin Pengiran Maharaja Lela

Pengiran Muda Abdul Kahar,

selaku Penasihat Bersama

Jawatankuasa Kebangsaan

Sambutan Perayaan Ulang Tahun

Hari Keputeraan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam Yang

Ke-80 bagi Tahun 2026.

Juga hadir bagi menyaksikan

raptai penuh berkenaan ialah

Menteri Penyelaras bagi

Keselamatan Negara, Menteri di

Jabatan Perdana Menteri dan

Menteri Pertahanan II, Yang

Berhormat Pehin Datu Lailaraja

Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri

Awang Haji Halbi bin Haji Mohd.

Yussof; Menteri Penyelaras bagi

Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga

Manusia, dan Menteri Hal Ehwal

Dalam Negeri, Yang Berhormat

Dato Seri Setia Awang Haji

Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman;

dan Menteri Kesihatan, Yang

Berhormat Dato Seri Setia Dr.

Awang Haji Mohammad Isham bin

Haji Jaafar, selaku

Pengerusi-pengerusi Bersama

Jawatankuasa Kebangsaan

Sambutan Perayaan Ulang Tahun

Hari Keputeraan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam Yang Ke-80 bagi

Tahun 2026.

Raptai berkenaan turut

disaksikan oleh Menteri Kewangan

II, Yang Berhormat Dato Seri Setia

Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew

bin Abdullah.

Turut berangkat ialah Pemangku

Grand Chamberlain, Pejabat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam, Pengiran Haji

Raffizanna bin Pengiran Haji

Razali, selaku Timbalan Pengerusi

Bersama Jawatankuasa

Kebangsaan Sambutan Perayaan

Ulang Tahun Keputeraan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-80

bagi Tahun 2026.

Raptai pada hari ini turut dihadiri

oleh Yang Berhormat Ahli Majlis

Mesyuarat Negara, Pemerintah

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei,

Setiausaha-Setiausaha Tetap

Kementerian Hal Ehwal Dalam

Negeri (KHEDN), Pemangku

Setiausaha Tetap Kementerian

Kesihatan, Timbalan-Timbalan

Setiausaha Tetap KHEDN,

Timbalan Setiausaha Tetap

Kementerian Kesihatan,

Pemangku-pemangku Pegawai

Daerah dan Ahli-ahli

Jawatankuasa Sambutan

Perayaan Ulang Tahun Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Yang

Ke-80 bagi Tahun 2026.

Majlis Ramah Mesra Bersama

Rakyat dan Penduduk di Daerah

Temburong sempena Sambutan

Perayaan Ulang Tahun Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Yang Ke-80 bagi Tahun

2026 akan diadakan pada Selasa,

4 Ogos 2026 bertempat di Padang

Kompleks Dewan

Kemasyarakatan, Pekan Bangar.