Oleh : Marlinawaty Hussin
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit
BANDAR SERI BEGAWAN,
Khamis, 23 Julai. - Persiapan bagi
Majlis Keberangkatan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Bercemar Duli bagi
Majlis Ramah Mesra Bersama
Rakyat dan Penduduk Daerah
Brunei Dan Muara sempena
Sambutan Perayaan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam Yang
Ke-80 bagi Tahun 2026 Peringkat
Daerah Brunei dan Muara
diteruskan dengan
berlangsungnya Majlis Raptai
Penuh di Taman Haji Sir Muda
Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara,
petang tadi.
Majlis raptai tersebut diadakan
bagi meninjau persediaan
persembahan khas dan lokasi
sebelum acara kemuncak yang
dijadualkan berlangsung pada
Rabu, 29 Julai 2026.
Hadir pada majlis berkenaan
ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat
Negara, Yang Amat Mulia Pengiran
Indera Setia Diraja Sahibul Karib
Pengiran Anak Haji Idris bin
Pengiran Maharaja Lela Pengiran
Muda Abdul Kahar, selaku
Penasihat Bersama Jawatankuasa
Kebangsaan Sambutan Perayaan
Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam Yang Ke-80 bagi
Tahun 2026; Menteri Penyelaras
bagi Keselamatan Negara, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
dan Menteri Pertahanan II, Yang
Berhormat Pehin Datu Lailaraja
Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri
Awang Haji Halbi bin Haji Mohd.
Yussof; Menteri Penyelaras bagi
Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga
Manusia dan Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri, Yang Berhormat
Dato Seri Setia Awang Haji
Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman;
Menteri di JPM (Urustadbir
Perkhidmatan Awam), Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang
Haji Nazmi Mohamad; dan Menteri
Pembangunan, Yang Berhormat
Dato Seri Setia Awang Haji
Muhammad Juanda bin Haji Abdul
Rashid.
Pada sambutan tahun ini,
Persembahan Khas bertemakan
‘Menjunjung Raja Tampuk Negara’
melibatkan penuntut-penuntut dari
sekolah kerajaan dan swasta
(peringkat rendah hingga ke
peringkat menengah); belia-belia,
agensi kerajaan dan swasta;
persatuan, penggiat seni tanah air
serta Orang Kelainan Upaya (OKU)
cacat penglihatan.