Sekolah Arab SHHB juara Pertandingan Drama Anti-Buli

24 Jul 2026 - 8:10am

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

TUNGKU LINK, Khamis, 23 Julai.

– Sekolah Arab Sultan Haji

Hassanal Bolkiah (SHHB) dengan

tajuk drama 'Kod Ukhwah

2035 : Generasi Tanpa Buli'

dinobatkan sebagai johan pada

Pertandingan Drama Anti-Buli

Bagi Sekolah-sekolah Rendah

Senegara Tahun 2026 yang

berlangsung di Pusat Kesenian

Pro-Canselor, Universiti Brunei

Darussalam (UBD).

Manakala naib johan disandang

oleh Sekolah Rendah Labu Estate

dengan tajuk drama 'Banteras Buli,

Semai Ukhwah'; sementara tempat

ketiga dimenangi oleh Ma'had

Islam Brunei dengan tajuk drama

'BBB : Belia Benci Buli'.

Hadir selaku tetamu kehormat

majlis dan seterusnya

menyempurnakan penyampaian

hadiah kepada pemenang,

Timbalan Setiausaha Tetap,

Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah

Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

Pertandingan yang disertai

oleh 21 buah sekolah, yang

masing-masing diwakili oleh tujuh

pelajar, terdiri daripada sekolah-

sekolah rendah kerajaan dan

swasta di bawah kawalan

Kementerian Pendidikan serta

sekolah-sekolah di bawah kawalan

Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Daripada keseluruhan

penyertaan berkenaan, sebanyak

tujuh buah sekolah berjaya

melayakkan diri untuk bertanding di

peringkat akhir.

Antara tujuan pertandingan

berkenaan diadakan adalah

untuk memberi peluang kepada

para pelajar mengekspresikan

kefahaman mereka mengenai isu

buli secara lebih mendalam dan

kreatif.

Di samping itu, pertandingan

berkenaan juga diharapkan dapat

menyemai kesedaran awal dalam

kalangan pelajar tentang punca

serta kesan negatif perbuatan buli,

sekali gus memupuk nilai-

nilai murni dan menggalakkan

mereka menolak budaya buli

dalam kehidupan seharian.

Usaha berkenaan turut bertujuan

membentuk persekitaran sekolah

yang aman, selamat dan

sejahtera.

Pertandingan adalah anjuran

Kementerian Pendidikan melalui

Bahagian Kesenian dan Kreativiti,

Jabatan Pendidikan Kokurikulum,

dengan kerjasama Pejabat

Sekretariat, Majlis Tertinggi Melayu

Islam Beraja dan Akademi

Pengajian Brunei, UBD.