Suntikan semangat menjelang Sukan Komanwel Glasgow 2026

24 Jul 2026 - 9:26am

Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman

Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 Ke-23

GLASGOW, SCOTLAND, Khamis, 23 Julai. - Negara Brunei Darussalam (NBD) menyertai Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang dijadualkan berlangsung secara rasminya pada 23

Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026 di Glasgow, Scotland.

Pada hari ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat mengadakan lawatan secara berasingan dan memberikan

sabda nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet angkat berat, olahraga dan renang di tempat tinggal para atlet.

Pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 ini, NBD akan menyertai tiga acara sukan daripada 10 sukan yang dipertandingkan iaitu renang, olahraga dan angkat berat.

Atlet-atlet renang negara akan mula bertanding pada Jumaat, 24 Julai 2026 bertempat di Tollcross International Swimming Centre.

Sementara itu, atlet angkat berat NBD akan mula bertanding pada Ahad, 26 Julai 2026 di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo. Manakala atlet-atlet olahraga negara akan mula

bertanding pada Isnin, 27 Julai 2026 di Stadium EDF Scotstoun.