JAKARTA, 7 Sept. - Satu kebakaran memusnahkan sebuah pasar di Wilayah Papua Tengah, Republik Indonesia, awal pagi Isnin, mengorbankan 11 orang termasuk enam kanak-kanak, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Jurucakap Polis Wilayah Papua Tengah Henry Manurung berkata kebakaran berlaku sejurus selepas tengah malam waktu tempatan dan merebak dengan pantas ke deretan kedai berhampiran, memusnahkan kira-kira 40 bangunan.
Polis mengerahkan sebuah jentera pemadam kebakaran bagi membantu memadamkan kebakaran itu, yang berjaya dikawal kira-kira 3.30 pagi.
Saiz kebakaran serta kedudukan bangunan yang berdekatan antara satu sama lain menyebabkan proses pemadaman mengambil masa agak lama, kata Manurung.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, dengan polis mengambil keterangan daripada saksi serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian. - ©BERNAMA