Maldives rai 900 tahun Islam bertapak di negara itu

13 Sep 2026 - 9:01pm

HYDERABAD, 13 Sept. - Maldives meraikan 900 tahun Islam bertapak di negara itu dengan Presiden Mohamed Muizzu menegaskan bahawa agama berteraskan keesaan Allah itu menjadi teras kedaulatan budaya dan kemerdekaan negara berkenaan.

Satu majlis besar-besaran diadakan di Taman Pusat Hulhumale pada malam Sabtu bagi memperingati 900 tahun Hijrah sejak Islam bertapak di Maldives.

Menurut kenyataan kerajaan, Muizzu dalam ucapannya berkata "petunjuk Islam menghapuskan kegelapan syirik dan ketidaksamaan sosial yang wujud dalam masyarakat Maldives sebelum negara itu memeluk Islam."

Beliau menegaskan bahawa Islam menanam keyakinan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah, selain memelihara kesucian nyawa serta maruah dan harta rakyat Maldives.

Muizzu turut menegaskan pendiriannya menentang pengambilan bahan yang memabukkan, yang disifatkannya sebagai gejala yang memusnahkan keluarga dan masyarakat.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Maldives Awqaf Investments Limited yang akan membiayai pembangunan infrastruktur sosial serta menjalankan kegiatan perniagaan halal.

Antara yang menghadiri acara di Taman Pusat Hulhumale itu ialah Wanita Pertama Sajidha Mohamed, Naib Presiden Hussain Mohamed Latheef, Yang Dipertua HYDERABAD, 13 Sept (Bernama) -- Maldives meraikan 900 tahun Islam bertapak di negara itu dengan Presiden Mohamed Muizzu menegaskan bahawa agama berteraskan keesaan Allah itu menjadi teras kedaulatan budaya dan kemerdekaan negara berkenaan.

Satu majlis besar-besaran diadakan di Taman Pusat Hulhumale, Maldives, pada malam Sabtu bagi memperingati 900 tahun Hijrah sejak Islam bertapak di Maldives.

Menurut kenyataan kerajaan, Muizzu dalam ucapannya berkata "petunjuk Islam menghapuskan kegelapan syirik dan ketidaksamaan sosial yang wujud dalam masyarakat Maldives sebelum negara itu memeluk Islam."

Beliau menegaskan bahawa Islam menanam keyakinan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah, selain memelihara kesucian nyawa serta maruah dan harta rakyat Maldives.

Muizzu turut menegaskan pendiriannya menentang pengambilan bahan yang memabukkan, yang disifatkannya sebagai gejala yang memusnahkan keluarga dan masyarakat.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Maldives Awqaf Investments Limited yang akan membiayai pembangunan infrastruktur sosial serta menjalankan kegiatan perniagaan halal.

Antara yang menghadiri acara di Taman Pusat Hulhumale itu ialah Wanita Pertama Sajidha Mohamed, Naib Presiden Hussain Mohamed Latheef, Yang Dipertua Parlimen Abdul Raheem Abdulla, menteri, tokoh agama, ahli Parlimen dan duta asing. - ©BERNAMA