Republik Korea Selatan bakal lancar Setiausaha Perundangan AI untuk penjawat awam

14 Jul 2026 - 12:38pm

SEOUL, 13 Julai. -  Kerajaan Republik Korea Selatan telah membangunkan perkhidmatan "setiausaha undang-undang AI" yang boleh dirujuk oleh penjawat awam ketika  mengkaji asas  undang-undang dalam perancangan dan pelaksanaan dasar.

Perkhidmatan itu dilaksanakan secara percubaan minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai pada Isnin.

Perkhidmatan Kecerdasan Buatan (AI), yang akan tersedia mulai Selasa, dilengkapi dengan kira-kira 240,000 keputusan kehakiman terdahulu, undang-undang dan peraturan, selain  boleh menjawab pelbagai pertanyaan undang-undang daripada pegawai, menurut  kementerian perundangan kerajaan.

Kementerian itu membangunkan perkhidmatan tersebut dengan kerjasama kementerian dalam negeri dan kementerian sains.

Model asas AI buatan sendiri digunakan untuk menjana respons dan perkhidmatan itu  hanya berfungsi sebagai rujukan sementara dan bukannya penghakiman undang-undang muktamad, kata pegawai.

"Mentafsir dan melaksanakan undang-undang adalah antara tugas paling mencabar untuk perkhidmatan awam kerana ia memerlukan tahap kepakaran yang tinggi," kata Menteri Perundangan Kerajaan Cho Won-cheol.

"Perkhidmatan setiausaha AI dijangka meningkatkan kecekapan kerja penjawat awam dengan ketara". - ©BERNAMA