Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 November. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Lamunin ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang buruh dipercayai lari daripada majikan.
Buruh berkenaan ialah Md Riazul Haque, berusia 41 tahun yang merupakan seorang lelaki warganegara Republik Rakyat Bangladesh dengan nombor Kad Pengenalan 51-539046 (Hijau).
Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi ke Balai Polis Lamunin di talian +673 4237374 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.