Majlis Resepsi Perpisahan hargai jasa, sumbangan sepanjang perkhidmatan

4 Nov 2026 - 5:04am

Oleh : Siti Rokiah Abdullah

Foto : Ihsan Kedutaan Republik Türkiye di Negara Brunei Darussalam

GADONG, Selasa, 3 November. - Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan yang akan menamatkan perkhidmatannya ke negara ini telah diraikan pada Majlis Resepsi Minum Petang (Hi-Tea) Perpisahan.

Majlis berkenaan telah diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun.

Menurut Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Türkiye ke NBD, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Hamit Ersoy selaku Dekan Kor Diplomatik, menyatakan majlis yang dianjurkan oleh Kor Diplomatik berkenaan adalah untuk menghargai dan mengenang sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di negara ini.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama Janbaz Khan turut menyampaikan ucapan ringkas perpisahan kepada masyarakat, di samping mengimbas kembali pengalaman Tuan Yang Terutama sepanjang berada di NBD.

TYT juga merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan TYT di negara ini.