BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri Jepun, Puan Yang Terutama Sanae Takaichi, kerajaan dan rakyat Jepun berikutan dengan gempa bumi yang melanda di Wilayah Kumamoto, Jepun baru-baru ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.