Kontinjen NBD berlepas ke Jepun sertai Sukan Para Asia Ke-5

14 Okt 2026 - 6:37am

Oleh : Marlinawaty Hussin

Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BERAKAS, Selasa, 13 Oktober. - Seramai lima ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada seorang atlet sukan Para Badminton dan empat pegawai, iaitu Chef de Mission (CDM), Ketua Urus Setia, ahli fisioterapi serta jurulatih sukan Para Badminton telah berlepas ke Jepun bagi menyertai Sukan Para Asia Ke-5.

Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung secara rasminya mulai 18 hingga 24 Oktober 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar, dan seterusnya memberikan ucapan nasihat dan kata-kata motivasi, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haswandi bin Haji Osman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat serta kata-kata motivasi kepada kontinjen NBD.

Majlis diakhiri dengan sesi gambar ramai.

Atlet Para Badminton negara akan mula bertanding dalam acara Singles SH6 pada 16 Oktober 2026, bertempat di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.

Kontinjen NBD diketuai oleh Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor selaku CDM ke Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026.