Longgokan sampah : Sebuah syarikat dikenakan kompaun

4 Nov 2026 - 4:16am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 November. - Pihak Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah menjalankan tindakan mengenai kesalahan pembuangan sampah di tempat awam di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30), Bab 12(1), baru-baru ini.

Sebuah syarikat (Machine Mart) dikenakan kompaun BND500 di bawah Bab 12(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30), setelah didapati melonggok / meletakkan kotak-kotak bekas perniagaan di Lorong Bangunan Bersurat, Simpang 18, Jalan Batu Bersurat, BE3519, Gadong.

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan ingin mengingatkan orang ramai dan pengguna-pengguna letak kereta awam, bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) jika sekiranya kebersihan alam sekitar tidak dijaga bersama, yang mana denda maksima, jika didapati sabit kesalahan, adalah sebanyak BND30,000 dan dihukum penjara tidak melebihi tempoh 12 bulan atau keduanya sekali.

Orang ramai disarankan supaya tidak membuang, melonggokkan, menumpahkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap, cecair dan sisa perniagaan di sebarang tempat awam. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan aduan atau berkongsi maklumat melalui nombor talian Seksyen Penguatkuasaan +673 7291122.