Siaran Akhbar dan Foto : Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Kota Batu
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30 Ogos. - Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu telah mengadakan Majlis Berdikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlangsung di Masjid Kampung Pelambayan.
Hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ketua Kampung Subok dan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ketua Kampung Belimbing serta penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di mukim berkenaan.
Majlis yang diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa MPM Kota Batu dengan kerjasama Takmir Masjid Kampung Pelambayan ini bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di samping memperingati bulan kelahiran Baginda.
Majlis Berdikir tersebut turut diisikan dengan nyanyian-nyanyian qasidah bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.