Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan menerima mengadap Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad.
Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Qashr Al-Meezan.
Menyertai Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad semasa Majlis Mengadap berkenaan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat; dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Tuan Kadir Maideen.
Turut hadir pada Majlis Mengadap berkenaan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad.
Tuan Yang Terutama mengadakan Lawatan Pengenalan ke NBD selama tiga hari mulai 11 hingga 13 Oktober 2026.