Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
KIARONG, Isnin, 12 Oktober. - Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, yang sedang dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam (NBD) selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Oktober 2026, petang tadi mengadakan lawatan ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Awang Haji Shamshol bin Haji Omar; serta pengarah-pengarah dan para pegawai kanan KHEU.
Sejurus tiba di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Tuan Yang Terutama dan rombongan menyaksikan tayangan video mengenai 'Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah'.
Diteruskan dengan menandatangani buku lawatan dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada TYT yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KHEU.
Rombongan juga berkesempatan meninjau kawasan persekitaran masjid sebelum mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar ramai sebagai tanda kenangan sempena lawatan TYT Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura dan rombongan ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.
Lawatan ini mencerminkan penghormatan tinggi serta hubungan erat antara NBD dan Republik Singapura, khususnya dalam hal ehwal masyarakat Islam.
Lawatan ini juga membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman mengenai pengurusan masjid, program kemasyarakatan dan inisiatif pembangunan ummah.