Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Awang Haji Abas, Mohammad Hasif Matzin, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman pagi tadi berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan Deklarasi Bersama dan juga lima Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kesultanan Oman.
Majlis berlangsung di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman, di sini.
Berangkat sama ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Menteri di JPM; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri selaku Kerabat Pengiring.
Majlis berkenaan menyaksikan penandatanganan Deklarasi Bersama serta lima Perjanjian dan MoU antara kedua-dua buah negara, merangkumi bidang pengecualian visa, tenaga kerja dan sumber manusia, kesihatan, pertanian dan perikanan serta ekonomi dan perancangan strategik.
Menandatangani Joint Declaration on the Elevation of Ties to a Strategic Partnership between Brunei Darussalam and the Sultanate of Oman berkenaan bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Foreign Minister, Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi.
Sementara menandatangani Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Mutual Visa Exemption for Holders of Diplomatic, Official, Special and Service Passports berkenaan bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM ialah Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah TYT Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi.
Manakala menandatangani Memorandum of Understanding between the Ministry of Home Affairs of Brunei Darussalam and the Ministry of Labour of the Sultanate of Oman in the Fields of Labour and Human Resources Development berkenaan bagi pihak Kerajaan DYMM ialah Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, sementara bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah TYT Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi.
Seterusnya menandatangani Memorandum of Understanding between the Ministry of Health of Brunei Darussalam and the Ministry of Health of the Sultanate of Oman in the Field of Health Cooperation berkenaan bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah TYT Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi.
Menandatangani Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Cooperation in the Fields of Agriculture and Fisheries berkenaan bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM ialah Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Minister of Commerce, Industry and Investment Promotion of Oman, Tuan Yang Terutama Anwar bin Hilal bin Hamdoon Al Jabri.
Dan terakhir ialah menandatangani Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman in the Fields of Economy and Strategic Planning tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah TYT Anwar bin Hilal bin Hamdoon Al Jabri.