MENYEBUT mengenai kesihatan, kita melazimkan diri dengan menjaga kesihatan fizikal melalui pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, tidur yang mencukupi dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara konsisten, ia menjadi kita sentiasa cergas. Akan tetapi beberapa kesihatan dalaman seperti kesihatan mental, ia memerlukan beberapa elemen penting seperti Pengurusan Tekanan : Mengamalkan teknik pernafasan dalam, kesedaran minda (mindfulness) dan rehat yang mencukupi daripada skrin digital, Hubungan Sosial : Meluangkan masa dengan keluarga, rakan-rakan yang menyokong atau menyertai aktiviti komuniti untuk mengelakkan rasa terpinggir. Aspek Kerohanian : Melakukan amalan keagamaan, bermeditasi atau mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapat ketenangan jiwa dan Bantuan Profesional : Mendapatkan khidmat kaunselor, pakar psikologi atau doktor sekiranya tekanan emosi menjejaskan kehidupan harian.
Manakala bagi keselamatan pula, sentiasa peka terhadap risiko di sekeliling kita, patuhi peraturan keselamatan (seperti di tempat kerja atau di jalan raya) dan pastikan persekitaran fizikal bebas daripada bahaya bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan. Keselamatan kita juga perlu dijaga sebelum, semasa berada di luar negara. Sentiasa peka dengan keadaan negara yang akan dikunjungi. Kepekaan terhadap keselamatan geopolitik semasa adalah perkara kritikal kerana pergolakan antarabangsa kini membawa kesan domino yang tidak lagi terhad kepada sempadan fizikal sesebuah negara. Malah, impak ketegangan ini sering kali muncul secara senyap di dalam kehidupan harian rakyat seperti kenaikan kos sara hidup, gangguan rantaian bekalan makanan dan ketidaktentuan pasaran tenaga.
Kesejahteraan kehidupan merujuk kepada kualiti hidup yang baik, merangkumi aspek luaran (objektif) serta kepuasan dalaman (subjektif) yang dialami oleh seseorang individu. Kesejahteraan Objektif : Keperluan asas yang dapat dilihat dan dicapai secara fizikal seperti pendapatan yang stabil, perumahan yang selesa, tahap kesihatan yang baik, dan akses kepada pendidikan. Kesejahteraan Subjektif : Perasaan gembira, kepuasan hidup, rasa bersyukur serta ketenangan emosi yang dirasai oleh seseorang terhadap perjalanan hidupnya. Kesejahteraan Psikologi dan Rohani : Kestabilan mental, emosi yang positif, tujuan hidup yang jelas, serta ketenteraman jiwa.
Imbangi aspek mental dan emosi dengan menguruskan tekanan (stres) secara bijak, mengekalkan hubungan sosial yang positif serta memastikan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi (work-life balance). Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubat. Sentiasa jadikan tiga elemen ini sebagai panduan utama sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Sekian Sidang Pengarang buat keluaran kali ini. - Ketua Penyuntingan (Fa)