Sayur Nanas Daun Bagu

12 Og 2026 - 1:54pm

Kampung Kiarong

Foto : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland

BAHAN-BAHAN :

1 biji nanas

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sudu makan lada kisar

Minyak untuk menumis

Beberapa lembar daun bagu

2 biji lada hidup

500ml air

CARA-CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan lada kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan nanas yang telah dihiris nipis. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Masukkan daun bagu yang telah dipotong-potong. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa. Akhir sekali, masukkan hirisan lada hidup.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.