5 maut dalam nahas jalan raya di selatan Brazil

29 Og 2026 - 9:45am

SAO PAULO, 29 Ogos. - Lima orang maut dalam satu kemalangan pada malam Khamis di lebuh raya di Ventania di negeri Parana, selatan Brazil, menurut laporan Xinhua memetik kenyataan polis lebuh raya tempatan.

Berdasarkan laporan polis, sebuah trak pikap yang membawa kelima-lima individu tersebut bertembung secara berdepan dengan sebuah trak kargo yang datang dari arah bertentangan.

Kesemua lima penumpang trak pikap itu meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa merupakan pekerja syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan elektrik di Londrina, sebuah bandar agro-industri di utara Parana.

Pemandu trak kargo dan seorang penumpang wanita cedera ringan dan dibawa ke unit rawatan kecemasan di Ventania. Siasatan awal menunjukkan kemalangan itu mungkin berpunca daripada percubaan memotong oleh pemandu trak pikap. - ©BERNAMA