7 maut, 554 hilang selepas tanah runtuh di pelabuhan sempadan Tibet, Republik Rakyat China

29 Og 2026 - 9:57am

LHASA, 29 Ogos. -  Tujuh orang terkorban dan 554 lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda Pelabuhan Gyirong di sepanjang sempadan Republik Rakyat China-Nepal, di Wilayah Autonomi Xizang (Tibet), barat daya Republik Rakyat China.

Dua penduduk tempatan telah diselamatkan setakat 1 pagi Sabtu, lapor  Xinhua  memetik jabatan pengurusan kecemasan wilayah itu.

Sebanyak 2,141 anggota penyelamat serta 86 pakar daripada bidang sumber asli dan bidang berkaitan telah dikerahkan ke kawasan bencana tersebut.

Berbekalkan peralatan khusus, mereka telah mempergiat pemeriksaan terhadap risiko geologi di kawasan cerun, jalan raya dan zon kritikal lain di sekitarnya.

Sebuah pos pemantauan yang dianggotai lima orang ditubuhkan bagi memantau tasik empangan  secara berterusan serta mengawasi kemungkinan berlakunya bencana susulan.

Selain itu, laluan jalan raya sepanjang 1.02 kilometer telah dibersihkan dan dibuka semula untuk lalu lintas.

Kejadian tanah runtuh, yang bermula di bahagian wilayah Nepal, melanda Pelabuhan Gyirong di Kaunti Gyirong, Xizang pada pagi Rabu. - ©BERNAMA