QINGDAO, 22 Julai. - Kapal hospital Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Auspicious Ark, belayar dari pelabuhan di Qingdao, Wilayah Shandong, timur Republik Rakyat China, hari ini bagi memulakan misi perkhidmatan perubatan kemanusiaan ke beberapa negara di Afrika dan Asia Selatan.
Misi Harmony-2026, yang merupakan pelaksanaan kali ke-12 sejak diperkenalkan pada tahun 2010, dijadualkan berlangsung selama lebih 200 hari.
Sepanjang misi tersebut, kapal hospital berkenaan akan mengunjungi beberapa negara di Afrika dan Asia Selatan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada penduduk tempatan.
Selain menawarkan bantuan perubatan, anak kapal juga akan mengadakan aktiviti pertukaran budaya dengan negara-negara yang dikunjungi. - ©XINHUA