NEW YORK, 30 Ogos. - Seorang pegawai polis maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah taman di Columbia, South Carolina, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.
Ketua Jabatan Polis Columbia, W.H. “Skip” Holbrook, mengesahkan bahawa suspek dalam kejadian berkenaan turut meninggal dunia.
Menurut Holbrook pada sidang media, kejadian berlaku di Southeast Park, Hazelwood Road, ketika dua pegawai polis bertindak balas terhadap laporan mengenai pertikaian domestik.
Polis memaklumkan bahawa kawasan kejadian telah dipastikan selamat sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan. Orang ramai turut diminta untuk menjauhi kawasan berkenaan sementara siasatan diteruskan. - ©XINHUA