Pemotongan dana penyebab penutupan lebih 100 pusat rawatan malnutrisi kanak-kanak di Afghanistan

30 Og 2026 - 9:47am

KABUL, 30 Ogos. - Pemotongan dana bagi bantuan kemanusiaan memaksa lebih 100 pusat  merawat kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk di Afghanistan terpaksa ditutup, kata Setiausaha Agung Rendah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Komunikasi Global Melissa Fleming, pada Ahad, lapor Xinhua.

Di seluruh Afghanistan, seramai 3.7 juta kanak-kanak kini mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk kira-kira satu  juta kanak-kanak yang berdepan kekurangan zat makanan akut teruk yang mengancam nyawa, kata Fleming dalam satu hantaran di akaun X.

UNICEF sebelum ini mengunjurkan bahawa 21.9 juta orang, termasuk 11.6 juta kanak-kanak, memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2026, ketika negara itu terus terperangkap dalam kitaran krisis yang saling bertindih.

Sebagai tindak balas, UNICEF melancarkan rayuan kecemasan berjumlah US$949.1 juta bagi menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa dan perkhidmatan penting kepada 12 juta orang, termasuk 6.5 juta kanak-kanak. - ©BERNAMA