BRUSSELS, 24 Julai. - Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas sasaran ketenteraan Iran bagi malam ke-13 berturut-turut, menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA). CENTCOM memaklumkan serangan terbaharu itu bermula pada 6.45 petang waktu Timur AS (2245 GMT).
“Ini merupakan serangan malam ke-13 berturut-turut yang bertujuan memastikan Iran dipertanggungjawabkan serta mengurangkan ancaman Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terhadap kapal dagang,” menurut CENTCOM menerusi platform media sosial AS, X. - ©BERNAMA