Venezuela sahkan 3 kematian akibat Hantavirus

22 Jul 2026 - 10:17am

CARACAS, 22 Julai. - Kementerian Kesihatan Venezuela pada Selasa mengesahkan tiga kematian akibat Hantavirus di negeri Anzoategui, namun menolak kemungkinan berlaku penularan antara manusia, lapor Xinhua.

"Kami mengesahkan tiga pesakit di Anzoategui meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti hantavirus," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa tiada bukti saintifik menunjukkan virus itu menular antara manusia di Venezuela, sambil menjelaskan bahawa jangkitan berpunca daripada tikus di kawasan luar bandar dan pertanian.

Kementerian turut memaklumkan kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kematian dua petugas kesihatan baru-baru ini di negeri Barinas, yang puncanya masih belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa berkata keputusan akhir siasatan akan diumumkan kelak. - ©BERNAMA