Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 17 Julai. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKim) baru-baru ini menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali Ke-4 yang telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2026, bertempat di Devan Nair Institute, Republik Singapura.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Zhulkarnain Abdul Rahim.
Mengetengahkan beberapa institusi dan organisasi pelaburan, festival berkenaan memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendapat maklumat dan pemahaman dengan lebih dekat lagi dalam pelaburan berlandaskan Syariah.
Acara yang berlangsung turut diisikan dengan pelbagai perbincangan dan ‘masterclass’ yang informatif dan interaktif.
Penolong Profesor di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA, Dr. Amnisuhailah binti Abarahan, juga selaku Badan Penasihat Shariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Islam Brunei Darussalam Securities (BIBDS) turut sama memberikan penerangan pada ‘masterclass’ yang berlangsung.
Festival berkenaan merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan untuk menarik minat orang ramai dalam produk-produk pelaburan yang patuh syarak.