18 gajah maut disyaki diracun Sianida, Kenya tahan empat suspek

23 Og 2026 - 8:11am

NAIROBI (KENYA), 23 Ogos. - Pihak berkuasa Kenya menahan empat orang dan menemukan bahan kimia beracun ketika kes kematian gajah, disyaki akibat keracunan siandia, di dalam ekosistem Amboseli semakin giat berlaku, dengan jumlah kematian meningkat kepada 18, kata menteri hidupan liar pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Setiausaha Kabinet Pelancongan dan Hidupan Liar Rebecca Miano berkata keempat-empat mereka dilayan sebagai suspek manakala penyiasat sedang mengejar seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes itu.

Pencarian di Tikondo, Kimana, kira-kira 214 kilometer (133 batu) tenggara ibu kota Nairobi, membawa penyiasat kepada bahan kimia yang berpotensi toksik dan tidak berlabel dipercayai berasal dari negara jiran.

Bahan tersebut telah dirampas untuk pemeriksaan saintifik.

"Kerajaan amat prihatin dengan kematian 18 gajah yang dilaporkan dalam ekosistem Amboseli," kata Miano dalam satu kenyataan.

Penemuan awal menunjukkan kemungkinan keracunan sianida selepas gajah terbabit memakan tomato tercemar racun perosak yang diperoleh dari ladang bersempadan dengan habitat hidupan liar, menurut menteri itu.

Ujian saintifik lanjut sedang dijalankan sebelum pihak berkuasa membuat penentuan muktamad. - ©BERNAMA