27 maut dalam kebakaran pusat hiburan di Bangkok

14 Jul 2026 - 11:57am

BANGKOK, 13 Julai. - Seramai 27 orang maut, manakala lebih 10 yang lain cedera dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah pusat hiburan berhampiran Jalan Lat Phrao, daerah Chatuchak, Bangkok, lewat malam Ahad, menurut laporan media Thailand.

Kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 11.57 malam waktu tempatan sebelum berjaya dipadamkan. Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1.44 pagi Isnin dan memaklumkan bahawa kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. - ©XINHUA