Dua bot bertembung di Cannes, 11 cedera, seorang hilang

17 Og 2026 - 10:35am

MOSCOW, 17 Ogos. - Seramai 11 orang cedera dan seorang dilaporkan hilang selepas dua bot bertembung di selatan Republik Perancis, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan penyiar BFMTV pada Isnin.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Ahad hingga awal Isnin di perairan Theoule-sur-Mer, Teluk Cannes.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi dan memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera, dengan sebahagian daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan serius.

Operasi mencari individu yang hilang dijangka dimulakan pada sebelah pagi.

Sumber perkhidmatan penyelamat memberitahu penyiar itu bahawa lebih 50 anggota bomba dan 29 kenderaan telah dikerahkan ke lokasi. - ©BERNAMA