BEIJING, Khamis, 27 Ogos. - Gabenor Wilayah Jiangxi, Republik Rakyat China, Ye Jianchun, kini menjalani siasatan disiplin dan pengawasan, menurut kenyataan rasmi pada Khamis.
Ye, yang juga Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC) Wilayah Jiangxi, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin CPC (CCDI) dan Suruhanjaya Penyeliaan Negara (NSC) atas dakwaan melakukan pelanggaran serius terhadap disiplin dan undang-undang.
Kenyataan berkenaan tidak memperincikan bentuk pelanggaran yang didakwa dilakukan oleh Ye. - ©XINHUA