Kapal tangki Arab Saudi terlibat "insiden keselamatan" di Laut Merah

25 Og 2026 - 9:59am

ISTANBUL, 25 Ogos. - Bahri, syarikat perkapalan nasional Arab Saudi, pada Isnin memaklumkan yang sebuah daripada kapal tangkinya terlibat dalam "insiden keselamatan" di Laut Merah, lapor Anadolu Ajansi.

"Semua anak kapal Amzan selamat dan disahkan tiada kecederaan dilaporkan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, pegawainya terus berhubung dengan kapal itu dan berkoordinasi rapat dengan pihak berkuasa serta pihak berkepentingan maritim yang berkaitan, sambil memantau perkembangan situasi.

Terdahulu pada Isnin, Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa menyerang Amzan menggunakan peluru berpandu balistik di utara Laut Merah, di luar pantai Yanbu, barat Arab Saudi, menyebabkan kebakaran berlaku di atas kapal tangki itu. - ©BERNAMA