WASHINGTON, 27 Ogos. - Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam kebakaran hutan yang melanda beberapa wilayah di Algeria, kata Menteri Dalam Negeri Said Sayoud pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Sebanyak 159 kejadian kebakaran dilaporkan di seluruh negara, dengan lima kematian di Jijel, empat di Bejaia dan tiga di Tizi Ouzou. Sayoud dilaporkan berada di Bejaia bagi menilai keadaan semasa dan melihat sendiri usaha menangani kebakaran.
Beliau turut melawat sebuah hospital di Souk El Tenine untuk meninjau keadaan mangsa yang cedera akibat kebakaran hutan itu serta rawatan perubatan yang diberikan. - ©BERNAMA