Raja Norway dimasukkan ke hospital selepas pemeriksaan kesihatan

19 Og 2026 - 10:45am

OSLO, 18 Ogos. - Raja Norway Raja Harald V dimasukkan ke hospital selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Monarki berusia 89 tahun itu dirawat menggunakan kortison sejak beberapa minggu lepas bagi menangani anemia hemolitik, menurut kenyataan Istana Diraja Norway pada Isnin. "Rawatan ini menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan yang memerlukan rawatan di hospital”.

Baginda bercuti sakit selama dua minggu dan sepanjang tempoh ini, Putera Mahkota Haakon akan menjalankan tugas sebagai pemangku raja. - ©BERNAMA