Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit, Pg. Nur Hafilah Pg. Osman
CANBERRA, AUSTRALIA, Khamis, 13 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berangkat meninggalkan Canberra bagi meneruskan keberangkatan Lawatan Rasmi di Sydney, Australia.
Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Sebelum berangkat meninggalkan Canberra, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Hadir di RAAF Base Fairbairn bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia ialah Assistant Secretary, Southeast Asia Branch, Department of Defence, Puan Alanna Mackay.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Lapangan Terbang Sydney dijunjung oleh State Director, New South Wales State Office, Department of Foreign Affairs and Trade Australia, Puan Andrea Gleason.